BANGKOK: Polis Thailand menubuhkan pusat pemantauan bagi mencegah dan mengurangkan kemalangan jalan raya semasa penganjuran Festival Songkran.
Dalam kenyataan pada Rabu, Polis Thailand berkata, pusat itu akan beroperasi mulai Rabu hingga 18 April, bertujuan untuk menggalakkan integrasi dengan agensi kerajaan dan swasta untuk mengurangkan faktor risiko kemalangan jalan raya secara menyeluruh.
Katanya, inisiatif itu termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan mempromosikan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya.
"Pusat ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya dan memudahkan perjalanan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat," katanya.
Penolong Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Pol Lt Jen Kornchai Klaykiueng merasmikan pusat itu sempena Festival Songkran.
Tahun lepas, statistik menunjukkan 264 orang kehilangan nyawa dalam 2,203 nahas jalan raya sepanjang tujuh hari sambutan Songkran dari 11 hingga 17 April. Seramai 2,208 orang cedera dalam kemalangan jalan raya semasa tempoh cuti Songkran.
Songkran disambut setiap tahun dari 13 hingga 15 April, menandakan permulaan Tahun Baharu Thailand. Perayaan ini terkenal dengan aktiviti meriah menyimbah air serta perarakan berwarna-warni. Ia secara rasmi tertulis dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH) pada Disember tahun lepas.
Sementara itu, Gabenor Bangkok, Chatchart Sitthiphan berkata, terdapat 118 lokasi di seluruh Bangkok untuk menganjurkan aktiviti Songkran.
Beliau turut mengajak orang ramai dan semua sektor untuk menyertai aktiviti Songkran di seluruh Bangkok tahun ini.
"Orang ramai boleh mengakses https://happining.city/songkran2024 aplikasi web yang menunjukkan peta lokasi festival Songkran di seluruh Bangkok. Inisiatif ini disediakan oleh pihak berkuasa Bangkok untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai lokasi, masa dan tahap keberadaan acara itu di setiap lokasi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Gabenor Bangkok Chatchart Sitthiphan berkata terdapat 118 lokasi di seluruh Bangkok untuk menganjurkan aktiviti Songkran. - Gambar Bernama
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Songkran: Polis Thailand tubuh pusat pemantauan cegah kemalangan jalan raya
Polis Thailand menubuhkan pusat pemantauan bagi mencegah dan mengurangkan kemalangan jalan raya semasa penganjuran Festival Songkran.